HaiRe & NiTa Family Blog

A PLACE TO SHARE DREAMS, WRITING AMBITIONS AND SUCCESSES, AND GET TO KNOW PEOPLE AROUND THE GLOBE.

Blog Widget by LinkWithin

Kenapa hanya salahkan polis?





KES pelajar Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis heboh diperdebatkan di semua saluran media.

Pihak polis kelihatan dipersalahkan atas tragedi tersebut seolah-olah polis memang ditugaskan untuk menembak sesiapa sahaja. Tidak ada sebuah organisasi atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sanggup mempertahankan pihak polis.

Masyarakat juga seperti mempersalahkan pihak polis sedangkan banyak persoalan mengenai mengapa dan kenapa mangsa yang hanya berusia 15 tahun dibiarkan keluar memandu kenderaan pada waktu lewat pagi?

Soalan ini belum terjawab ketika pelbagai kempen dibuat agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Mengapa dan kenapa dibiarkan beliau memandu kenderaan sedangkan beliau tidak mempunyai lesen?

Mengapa dan kenapa beliau tidak berhenti apabila dikejar pihak polis? Kenapa dan mengapa kaum keluarga, masyarakat hanya menuding jari kepada polis?

Apa kata dicadangkan agar semua polis Malaysia dibiarkan bercuti seminggu daripada membuat tugas kepolisan mereka.

Kita lihat apa akan berlaku kepada semua penduduk Malaysia, terutama mereka yang berada dalam 'zon hitam'. Adakah anda akan merasa selamat dan selesa pada masa tersebut?

Pastinya ketika itu anda akan merasakan betapa bahagianya hidup anda dengan kehadiran pihak polis.

Oleh itu belajarlah menghargai pengorbanan pihak polis yang sentiasa bersedia membantu anda tanpa mengira bangsa dan agama. Jangan asyik mempersalahkan orang lain. Cuba nilai kesilapan sendiri.

SAMA BERUNIFOM
Gombak, Selangor

p/s: seperti hang kuah bertanya "Polis kah yang salah atau ... yang salah? ". Takziah saya ucapkan kepada keluarga berkenaan. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati tuhan. Bersama sama lah kita sedekahkan alfatihah.




Search This Blog

Welcome

Welcome to my Family Blog. Haire Kahfi ( Dad ), Nor Hazianita ( Mommy ) and my loving daughter Nur Syasyadinah and Nur Khaliesyah Illeya.

And I'm Proud of my FAMILY...


jalur gemilang kibar banihassim

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Blog sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
1 Malaysia, 1 Bendera

Jauhilah Penyakit Dengki dan Iri Hati...
itu adalah tanda anda kena penyakit mental...



Stat


MY LINK WEBSITES



...

This Month Promotion...

Day to go

Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie 5th Birthday Ticker Lilypie Kids Birthday tickers

Kawang Kawang

Bersurah banjar


ShoutMix chat widget

Space Visitors...

My Blog List

Pages