HaiRe & NiTa Family Blog

A PLACE TO SHARE DREAMS, WRITING AMBITIONS AND SUCCESSES, AND GET TO KNOW PEOPLE AROUND THE GLOBE.

Blog Widget by LinkWithin

SIAPA LEBIH RASIS?


SIAPA LEBIH RASIS?

source : Utusan Malaysia


TIADA seorangpun dalam susur galur keturunan saya, baik daripada bapa atau emak berdarah India. Namun, ia tidak menghalang semangat 1Malaysia untuk kita semua saling menghormati antara kaum.

Rasis sebenarnya adalah kata-kata yang amat sensitif kepada kaum Cina. Malah MCA beberapa kali mendesak kerajaan BN untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang menggunakan perkataan ‘pendatang’, ‘balik China’ dan sebagainya. Hairannya, kini ia diungkapkan oleh ADUN Komtar, Ng Wei Aik bagi menghina golongan mamak.

Malang bagi kaum Melayu, jika seorang daripada mereka mengungkapkan kata-kata ‘balik China’, seluruh Melayu akan digelar rasis. Malaysiakini akan menyalak di sebalik ruangan ‘Komen Pembaca’ menyalahkan sistem kerajaan, sultan dan menggambarkan mereka yang bersuara mempertahankan Melayu adalah pengkhianat negara.

Seluruh kaum Cina patut malu dengan Ng Wei Aik yang mengungkapkan kata-kata “Tutup Kedai, Balik India”. Pada hal, tidak sampai 100 tahun lalu, ramai moyang dan datuk nenek kaum Cina di negara ini dan mungkin termasuk Ng Wei Aik baru saja mendarat di bumi Tanah Melayu.

Pengajaran daripada kejadian ini, rakyat Malaysia belajarlah menghormati sensitiviti semua kaum.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN

Batu Caves, Kuala Lumpur




Read More..

How to have a great Monday


Ever just dread Mondays? Its a new week and you have to go to work, take the kids toschool, and start your routine all over again. In this article I will show you how to make that Monday great regardless of what is going on.


Instructions

Things You'll Need:

  • Time
  1. 1

    Get your clothes out the night before and iron them or steam as well if needed. This way you are ready to go and there isnt any stress finding them.

  2. 2

    Write a to do list for Monday and try to do as much as you can ahead of time.

  3. 3

    If you have kids, have all there stuff packed and in the car. This will save you a lot of time.

  4. 4

    Get up earlier then usual. This will give you more time to be prepared and not hurry and stress.

  5. 5

    Think positive all day. Regardless of feeling down this will lift you up and everyone needs this on Monday.





    Source from : http://www.ehow.com

Read More..

Hari Sabtu... hari Shopping di Klang




Hari ini, aku bawak la keluarga berjalan jalan di sekitar klang...

lokasi? ke GM klang... perghh berpinor mata... banyak betul barang kat situ...

yang penting... harga pun murah per...

zaman barang naik... minyak naik... elektrik nak naik... kena la pandai pandai berbelanja...

last last.. aku rembat satu baju BOSS power punya... buat pakai hari senin beb...
selalunya kalau pakai baju BOSS ni... ada la gaya macam bos sikit... baru lah malatop...



Syasya plak.... tengok tengok... rembat aje la baju Ana Muslim satu... Mamanya pun apa lagi... rembat gak satu baju pink daaa....

Last sekali adik pun nak jugak daaa... dapat la kasut satu....


perut pun dah lapor.... plan nak pi sate kajang kat bukit tinggi...


rupa rupanya sudah tutup daaa.... kat mana pindah aku pun tak tahu daaaa....

last last apa lagi... makan McDollah aje laaa

Read More..

Tun Dr Mahathir : Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa





Assalamualaikum....Salam 1Malaysia...Salam UiTM Dihatiku!


Berikut adalah link ke webtv untuk menyaksikan ucaptama Tun Dr Mahathir pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa anjuran IMPAK
yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Januari 2011. Hayatilah ucapan beliau yang sarat dengan mesej mengenai perpaduan Melayu yang menjadi
tunjang perpaduan semua bangsa di Malaysia.



Read More..

Harga Minyak Petrol Naik Lagi...



Haaa!!! minyak naik lagi? dengan muka konfusenya....
bukan... penyelarasan subsidi aje...

ye minyak naik lagi... aku pakai minyak RON97 ni beb... macam mana nie... tiap tiap bulan nak naik harga ker.... kasi terus soploh hinggit laa... satu liter... lepas tu tak yah laa naikkan lagi harga.

ahhh... tak guna nak marah dan cakap banyak gak... nak guna beli... tak nak guna pakai yang ron95 aje... yang ni tak naik harga lagi...

btw... aku pakai ROn97 ni untuk motor aku aje... tu pun 2 bulan baru isi minyak penuh daaa... sebab jalan tak jauh, gi kedai roti canai aje...
kete still pakai RON95 daaaaa...

Read More..

Nur Syasyadinah di Tadika Islam Al Mughi, Meru


Selamat Tahun Baru!!!

Tahun baru bermula, Nur Syasyadinah pun masuk sekolah baru jugak.
Bukan apa, dekat sikit dengan rumah dan dapat laa environment baru.
Masa time tadika ni la nak enjoy.
nanti masuk sekolah darjah satu, stress woooo...

Syasya masuk Tadika Islam Al Mughi, Taman Desa Permai 3.
Satu taman dengan rumah aku, cuma jauhnya dalam 3 blok kot.
Yang penting dekat sekolah ni... ada lebih silibus Islam, dan mengaji alquran lebih...

Baca Iqra' tu dah pandai, tapi kali ni nak teror,
so kalau tak teror dalam masa setahun ni, maknanya fail la tadika ni...

dan yang penting harapnya ada laa aktiviti dan pembelajaran yang menyeronokkan, sebab tak guna bayar tadika kalau budak tak seronok... nanti asyik tak mau pi sekolah aje...



Syasya dah sedia nak gi Tadika Baru ni... yaaahoooo....



Model untuk ambil gambar passport... cetakan sendiri.



Khaliesyah ni plak, tadika kat sebelah rumah aje... naik stroller aje gi sekolah... huu huu huu

Read More..

Malaysia VS Indonesia + Laser Jupe



Steady Malaysia!!


Malaysia dijangka akan berhadapan dengan tugas sukar dan berlemak malam ini dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF menentang Indonesia yang akan dibantu oleh Pemain Simpanan Julia Perez dengan Ilmu Silauan Coli berLaser Berkuasa Silikon.

Semoga pemain pemain Malaysia bersedia dengan kaca mata untuk mematahkan serangan indonesia ini.

Malaysia Boleh... Selalu


Aduh... kok silikonnya cair dong...



Read More..

Hantu Kak Limah Balik Rumah - Jom Tengok Wayang


Jom la tengok crita Hantu Kak Limah Balik Rumah Bersama Saya ok!


Semalam kitaorg satu family pergi tgk wayang, tengok crita hantu kak limah balik ke lurah...

mak aih... ramainya org... berdoyuuunn... tibba...
tapi dpt gak tiket seat baiikk punya. sampai ada yang duk depan tu... mesti kluar leher cam zirafah daaaa...

ringkasnya crita ni klakar laa... bagus untuk pesakit buah pinggang atau pun untuk wanita yg PMS selalu... macam sekejap aje crita tu dah habis ( memang crita tu pun sekejap aje ).

ada babak yg klakar cam babak berak kat jamban tu... giler berak tak basuh daaa...

tapi crita ni bukan sambungan crita zombie kampung picang tu, so takde la pengzombian kali ini.

dengar nya nanti ada lagi sambungan lagi movie zombie nie....
mungkin pembohsian zombie di bukit bintang ( dibintangai oleh para bohsia )
atau pun pemburuhan zombie di tapak binaan ( pelakon utama buruh indonesia )

ataupun jugak sambungan kedua siri kak limah,

Hantu Kak Limah Nampak Lurah,
Jatuh Dalam Kawah, Mati Mengelupur kah kah kah...


mana mana la janji ada zombie...






eee... takut laa... kak limah nyanyi lagi jet jet semutt....





ala tak takut pun... bukan zombie pun




alamak... lama la tunggu nak masuk...






waaa.. saya la zombie... makan pop corn... warrghhh....
warghh.... 40x sampai habis popcorn.





Read More..

Piala Suzuki AFF - Malaysia VS Indonesia



Final Piala Suzuki AFF - Malaysia VS Indonesia

Jom turun ramai ramai ahad ni ke Stadium Bukit Jalil...

Juara bertahan pun kita dah tewaskan ini pula pasukan tak pernah masuk final pun.

bersedialah untuk tewas... indonesia


Saya akan memberikan sokongan dari Rumah sahaja, sebab kena jaga baby laaa...

tapi itupun kena berebut remote dengan Syasya dulu sebab dia nak channel lain plak...

Read More..

KARNIVAL UPIN DAN IPIN ESOK!! DAN MAJLIS BERSUNAT OPIN DAN EPIN


KARNIVAL UPIN & IPIN BERMULA ESOK!!
DAN MAJLIS BERSUNAT OPIN DAN EPIN


huh.. esok jangan lupa semua...

Bagi peminat Upin & Ipin jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Karnival Upin & Ipin
Pada 24-28 Disember 2010 di Shah Alam Convention Centre(SACC).
Parking RM2 hinggit rasanya sekali masuk.

Karnival yg dianjurkan oleh Les' Copaque Production itu bertujuan untuk mendekatkan lagi
peminat siri animasi tersebut kedalam dunia Upin & Ipin.Pelbagai aktiviti menarik boleh
disertai seperti pertandingan mewarna dan sukaneka yg boleh disertai oleh seisi keluarga.
lebih menarik lagi akan diadakan perarakan yg dinamakan Animation Parade yg mana
akan disertai oleh pelbagai watak dari siri animasi tersebut.

Watak watak akan dibawakan oleh pekerja pekerja bangladesh sebab berat dan panas pakai sut tu...

Sebagai pelancaran karnival ini... Opin dan Epin akan disunatkan... menggunakan jigsaw sebab badannya besor...

Read More..

Hantu Kak Limah Balik Rumah!


'ini bukan kak limah atau zombie... gambar pelakon crita ni aje, sebelum diserang zombieee...'

korang dah tengok crita Hantu Kak Limah Balik Rumah!...?

aku belum tgk lagi dan bukan nak cerita kat sini... cuma nak kasi tau.. aku nak tgk crita ni minggu depan hari rabu daaa... korang bila lagi daaa

Support filem melayu dan Zombie...

Kampung Kite Di Serang Zombie!!!


Read More..

Surat Khabar Percuma... Pelarasan Harga...




Sebab minyak dah naik, gula dah naik... cuma harga prepaid starter pack aje yg turun...

korang yang malas beli paper tu... baca aje lah yg free... bhs london aje yg free ni... i like it...

http://www.ebrowse.com.my/products.aspx?ActiveTab=4

Read More..

Hari Cabut Gigi yang Meng 'ngeri' kan...





Semalam aku pi cabut gigi dekat Klinik Kesihatan UiTM...

Sakit nya dari hari jumaat dah... berdunyut dunyut tahap maksima... nasib la ada pembunuh sakit... gua bedal laa setiap 4 jam...

tapi tak boleh dibiarkan, takkan nak makan ubat tu aje sepanjang minggu kan... nanti putus plak urat kentut dan rosak medula oblonganta aku dibuatnya... apa lagi pagi semalam terus ke sana...

alang alang dah pi, bawak la syasya sekali... buat tampal gigi berlobang, suka sangat makan coklat dan aiskrim, habis berlobang cammana nak jadi ustazah kalau gigi ronggak laaa...

ini kali kedua bawak syasya tampal, secara amnya, staf kat situ 'tak berapa' mesra dengan budak budak laa... patutnya handle budak budak nie... kena laa gentle sikit, jangan la nak cepat siap aje...

aku dah prepare kan dari segi mental dah budak tu, tapi yg buat tampal tu, main redah aje nak siap... dia ingat budak tu robot ke apa... tak pepasal kena sound kat aku... tapi yg aku sound tu masa first time dtg....

kali kedua nie... dia cuba la gentle sikit... yang si syasya ni pun banyak tanya la plak... 'sakit tak ni?' , ' jangan lama lama tau'... nasib baik la aku berjaya rasuah budak ni... janji nak pergi tesco aje... so takde la dia bising sangat....

lepas syasya aku plak kena sabut gigi... ni doktor lain plak... tapi yg aku bengang nie... doktor ni pun macam nak cepat aje... muka takde la aku dpt tgk... tapi dari cara dia cakap tu... memang tgh tension kot... tengah tengah nak cabut tu dia siap sound nurse dia... 'siapa plak telefon tu ... memekak aje...'

aku dari relaks... dah jadi tension plak... masa nak cabut tu... aku tak leh cakap la kan... sebab mulut bukak... yang boring tu... nurse dan doktor tu cakap, 'relak lembutkan badan, jangan tegang tegang... nanti susah nak cabut...'

macam mana la aku tak keras... spana cabut gigi tu dia pegi tekan kat mulut aku... sakit siot...
last last, pecah plak gigi aku... arghh... terpaksa pakai spanar no 13 plak sebab nak tarik akar dia.... lagi sekali aku tegang... aku nak sound dah tak boleh nie....

dengan kuasa kuda dan spanar no 13, akhirnya dpt la kluar semua sekali gigi...

perghhh tak rasa apa apa pun... relak aje.... yg ngeri cuma masa injek bius tu aje....

last last... gua dah pening... tak jadi la pegi tesco... belikan syasya buku aje... lepas tu balik rumah tidor laa...

moralnya disini... cabut gigi ni tak sakit... cuma leceh dan ngeri aje... dan... patutnya doktor gigi ni lebih mesra untuk menenangkan pesakit la... jangan la macam nak cepat siap aje... ada dpt komisen ke kalau dpt banyak pesakit?... imej kena jaga la... biarlah lambat tapi pesakit puas hati...

adios amigos








Read More..

JJTW - GMKLANG, HARBOUR PLACE, JUSCO BUKIT TINGGI




13/10/2010

Hari ini hari JJTW ( Jalan jalan tengok wayang ). aku & wife ambik cuti sehari nak gi bawak si syasya ni tgk wayang... cadangnya nak tengok Magika, last last tanya budak... dia nak tgk kartun plak...

apa lagi... tukar la plan tengok Aplha and Omega ( crita serigala dan haiwan haiwan selain babir )

kul 8.00 AM hantar la adik ke Taska sebelah rumah, sorilah khalies, nanti dah besor sikit baru boleh ikut ok... nanti kalau terberak dalam panggung wayang jadi lokasi Fear Factor la plak...

kul 9.30 AM, gi jejalan dulu ( wayang pun tak bukak lagi nie... ), terus ke GM Klang. first time nak pergi ni... kata org best kat sana.... apa yang best? perghh memang best, macam kat indonesia pun ada, macam kat shenzen pun ada gak... majoritinya kedai org cina, dengan sales girl indonesia...

nak lagi hebakk... pondan pun ada gak jadi sales man-girl... pakai seksi plak tu... perghhh boleh gegar jugak kalau umat umat kaum nabi lut tgk tu...

banyak jugak la brg best kat sini. kalau nak beli borong tu bagus kat sini... rege murah sikit laa... tapi kena la survey dulu...

kul 11.30 AM, gi Habour Place nak tgk wayang kat MBO cinema. saje nak try tempat baru, boring dah TGV dan GSC nie... sampai jer beli la tiket untuk Alpha N Omega. crita kartun aje... tapi ada gak banyak scene lawak. Yang bestnya tu... aku beli 3 tiket aje untuk family aku... tapi diaorg kasi aku satu panggung tu plak...
'Encik hari ni boleh tengok wayang satu famili dekat ini hall, tadaaak orang kacau la ok. haf fun encik'.
tapi sememang takde orang pun hari ni, sebab aku aje yg beli tiket tgk crita tu...

alamak malas plak aku nak menulisnya... tengok aje la gambar ok...




Syasya : "hi ini bukan crita yang kitaorg tgk laa..."






"eee takutnya... serigala nak makan orang laa... saya nak makan popcorn aje dulu"








"yeaa, saya makan popcorn dua sambil pejam mata aje nie.."


"lepas makan popcorn saya makan aiskrim McDugong di kedai KFD"




"lepas tu saya pun tido laa sebab perut dah kenyang lah"




Read More..

Selamat Hari Raya



Pantun Raya Banjar untuk Semua....

Memarut ninyor sagan mengga-ngan,
pemarut di-injam dirumah kulaan,
tuhok hudah kita begurauan,
wayahnya kini kita bemaapan "

Selamat Hari Raya untuk semua rakan rakan dan semua umat manusia seantero dunia...

Dari Kami Seisi Keluarga....

Jemput Datang Ke Rumah pada 18 Sept 2010 atau sepanjang Syawal...

Di Alamat :
No 3, Jalan Meranti 9C/KU 10,
Taman Desa Permai,
Meru Klang

Read More..

Sudahkan anda menyemak Daftar Pemilih di SPR?




Saya sudah semak dan tukar tempat mengundi.
Nanti boleh mengundi di Meru pulak.

Korang dan tukar ke belum? jangan sia siakan hak anda sebagai pengundi.
nanti jangan cakap banyak kutuk kerajaan tapi mengundi pun tarak. macam hampeh!

Mengkritik itu senang, yang susah adalah mengkritik sambil memberi penyelesaian.


MEDAN KETERANGAN
Kad Pengenalan 1234567RAHSIA
Nama MOHAMMED HAIRE BIN KAHFI
Tarikh Lahir
Jantina LELAKI
Lokaliti 109 / 42 / 06 / 023 - JLN MERANTI PUTIH TMN D PERMAI
Daerah Mengundi 109 / 42 / 06 - PEKAN MERU
DUN 109 / 42 - MERU
Parlimen 109 - KAPAR
Negeri SELANGOR

Read More..

Kenapa hanya salahkan polis?





KES pelajar Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis heboh diperdebatkan di semua saluran media.

Pihak polis kelihatan dipersalahkan atas tragedi tersebut seolah-olah polis memang ditugaskan untuk menembak sesiapa sahaja. Tidak ada sebuah organisasi atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sanggup mempertahankan pihak polis.

Masyarakat juga seperti mempersalahkan pihak polis sedangkan banyak persoalan mengenai mengapa dan kenapa mangsa yang hanya berusia 15 tahun dibiarkan keluar memandu kenderaan pada waktu lewat pagi?

Soalan ini belum terjawab ketika pelbagai kempen dibuat agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Mengapa dan kenapa dibiarkan beliau memandu kenderaan sedangkan beliau tidak mempunyai lesen?

Mengapa dan kenapa beliau tidak berhenti apabila dikejar pihak polis? Kenapa dan mengapa kaum keluarga, masyarakat hanya menuding jari kepada polis?

Apa kata dicadangkan agar semua polis Malaysia dibiarkan bercuti seminggu daripada membuat tugas kepolisan mereka.

Kita lihat apa akan berlaku kepada semua penduduk Malaysia, terutama mereka yang berada dalam 'zon hitam'. Adakah anda akan merasa selamat dan selesa pada masa tersebut?

Pastinya ketika itu anda akan merasakan betapa bahagianya hidup anda dengan kehadiran pihak polis.

Oleh itu belajarlah menghargai pengorbanan pihak polis yang sentiasa bersedia membantu anda tanpa mengira bangsa dan agama. Jangan asyik mempersalahkan orang lain. Cuba nilai kesilapan sendiri.

SAMA BERUNIFOM
Gombak, Selangor

p/s: seperti hang kuah bertanya "Polis kah yang salah atau ... yang salah? ". Takziah saya ucapkan kepada keluarga berkenaan. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati tuhan. Bersama sama lah kita sedekahkan alfatihah.




Read More..

Jom ke Zoo Negara Bersama Nur Syasyadinah



====================================



Pada 18 April 2010, kitaorang ikut rombongan Tadika Sri Nilam pergi Zoo Negara dan Desa waterpark.

Punya la lama aku tak pergi Zoo, tiket pun dah mahal laa... RM18 untuk dewasa... tapi takpe laa... sesekali gi zoo kan...

punya la banyak binatang dalam tu... naik penat kalau jalan kaki, nasib baik la banyak bus untuk bawak jalan jalan... kalau gi zoo jangan lupa bawak ubat nyamuk ( yg sapu punya ok ) sebab binate ni pun banyak gak...

lepas gi zoo kitaorg gi taman desa waterpark... buat apa kat sini? apa lagi mandi la... hari dah la panas... memang syiok mandi...

moralnya... lepas gi zoo, balik rumah terus mandi... nanti banyak virus melekat...



Read More..

Trius Saman UiTM, RM32.4 Juta beb...



01/04/2010 6:41pm SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat yang mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM32.4 juta kerana perlanggaran kontrak oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung perkhidmatan sistem permohonan kemasukan penuntut secara dalam talian, hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu. Trius Computers Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners. Dalam pernyataan... bla bla bla... malas aku nak paste... korang baca la kat Utusan Malaysia ok...

apa punya hal la... sampai kena saman nie... kalau dah masuk mahkamah nie... kira kes dah berat aaa...

apa apa pun... kalau ikut aku yg naif ni... UiTM boleh menang punya laa... rasanya dia punya sistem still jalan... takde la tutup kan... tapi takkan tak boleh org lain bukak kedai satu lagi... bayar tetap bayar... tapi suka hati pelanggan la nak pergi kedai yg mana satu... kalau aku pun,kalau ke kedai makan mestila singgah kedai yang ada awek cun dan bergetah la drp pergi kedai yang banyak muka bangla...

tapi ni contoh kedai makan... pasal sistem aku pun tak tahu aaa...

apa apa pun... Hidup UiTM!!! World Class University...



Read More..

Search This Blog

Welcome

Welcome to my Family Blog. Haire Kahfi ( Dad ), Nor Hazianita ( Mommy ) and my loving daughter Nur Syasyadinah and Nur Khaliesyah Illeya.

And I'm Proud of my FAMILY...


jalur gemilang kibar banihassim

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Blog sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
1 Malaysia, 1 Bendera

Jauhilah Penyakit Dengki dan Iri Hati...
itu adalah tanda anda kena penyakit mental...



Stat


MY LINK WEBSITES



...

This Month Promotion...

Day to go

Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie 5th Birthday Ticker Lilypie Kids Birthday tickers

Kawang Kawang

Bersurah banjar


ShoutMix chat widget

Space Visitors...

My Blog List

Pages